Friday, June 5, 2009

recently

0515 , 06062009

bismillahirrahmanirrahim

xde apa yg menarik akhir² ini
cuma sedikit event² orang banyak² seperti

1 . tamatnya riwayat bujang seorang kawan aku ( dan org² lain yg sewaktu dengannya )

haha.
sabtu yg bila ntah , time² cuti skolah ni
pakat² kawen org sekeliling .
depan rumah brapa kenduri ntah
blakang rumah pun berkenduri kenduri
buat la kenduri hari² pun
tapi x payah la kan sampai menyusahkan org ,
awak tu tutup satu jalan . kesian org nak lalu lalang . nak masuk umah sendiri pun nak kena parking kat jalan besar . kesian .

kat kenduri kawan aku tu ,
fotographer dia pakai sony . sampai 2 bijik lak tu
teringin nak test
tapi malu plak
haha
"nanti kawen lagi satu jangan x jemput pulak"
kata aku sebelum blah dari kenduri kawen kawan aku . sekian .
next .


















2 . kehilangan job awal bulan 7

event da comform sana sini ,
time tgh nak carik barang , mcm org gila
hari² msg aku . dah cancel , buat bodo je .
apa salah call aku kasi tau , kan ?
aku tahu pun sebab aku yg call , nak mintak jumpa nak sign agreement .
nak marah ? x dapat apa pun .
haiz , mcm² org skarang .

3 . flickr portfolio jadik gila










haha . ni kes pelik .
mula² dulu , time aku 1st time upload pix ,
pix² tu dari banyak camera ,
nikon d40 & d50 dan canon eos40d .
1st timer ,
time aku upload tu , kuar la borang apa mende ntah ?
and selama aku guna flickr tu , tak penah la aku view pix² sendri .
so one day , ada sorang kawan aku ,
cakap mcm ni ,
"kata setia ngan nikon ? ni ada canon ?"
aku mmg tak paham laa . terus terang .
pastu aku check . suma pix yg di upload time tu , oleh canon eos40d .
aku pun cakap laa , "setting default kot jadik mcm tu ?"
terus aku kena cop penipu . apa kes . haram la .
konon mcm aku amik pix org lain .
sigh . apa² labu .

4 . kehilangan beberapa helai tshirt tercinta

sakit jiwa sakit jiwa
aku ni bukan nya jenis beli baju hari²
beli tshirt pun 6 bulan skali kot ?
tu pun ada org nak curik . ish³
kalau nak curik yg cikai² mmg aku x kisah
ini tak , baju² band aku suma ilang
adoiyai .

antara yg hilang dan aku perasan ,
southern all star 25th anniversary
silas
GBH

lain aku x prasan la . sebab aku tau , banyak hilang .
baju aku nampak sgt sikit . sigh .



























5 . alkisah motosikal pancit di malam jumaat

on the way aku pegi cc ,
hari yg sama aku hilang job july ,
konon nak pegi release tension la kunun .
skali pancit daa
kesian
haha

tu je kot ?
sekian . haha .

Friday, May 8, 2009

mother , i love you

1745 , 08052009

bismillahirrahmanirrahim

"syurga anak di bawah tapak kaki ibunya"

introduksi ;
pada waktu pagi , di rumah kawan si abang .
melepak membuang masa .
tiba² panggilan telefon dari si ibu .

320

si ibu menyuruh si abang pulang dalam kadar segera .
si abang tanpa membuang masa , memecut motosikal buruknya menuju kerumah .
seribu satu persoalan bermain main , meneka apa yg berlaku ,
walaupun di hati kecil sudah boleh meneka .

330

si abang sampai di rumah , dan mendapati terdapat beberapa org kenalan bapanya di depan rumah, dan sepasang suami isteri yg tidak dikenali .
rupanya ,
si adik dan si anak pasangan suami isteri tersebut , berada bersama di sebuah balai polis ,
di sebuah felda yg agak jauh dari rumah .

400

si abang , si bapa dan si bapa punya kawan
pun bertolak ke balai polis tersebut .
sepanjang perjalanan , si abang berfikir fikir ,
mcm mana si adik boleh sampai sejauh itu .

445

mereka sampai di pondok polis tersebut yg terletak jauh di dalam pedalaman felda
jauh betol ye . 45 minit perjalanan dengan average speed 90 - 110 kmh .
di jemput oleh polis² bantuan yg tua dan muda ,
mereka naik melihat anak dan adik yg langsung tiada kesal .
cakap banyak x guna , mereka terus membawa pulang kerumah .

interception ;
si adik berumur 18 . manakala si kawan nya baru 15 . tapi dah bertunang .
mereka mengatakan yg mereka mengikut "kawan²" mereka yg secara x sengaja berjumpa di taman sejati . dan mereka menjangka "kawan²" mereka merancang sesuatu utk mereka .
bodoh . dah tahu tapi gatal ikut sapa suruh .

630

si bapa , si abang dan si adik tiba di rumah yg ditunggu oleh air mata si ibu .
kesian . si ibu dengan tabah mula menyoal siasat si adik .
berdesing telinga si abang mendengar jawapan² kurang ajar si adik
dan seteru menarik si ibu jauh dari si adik yg tak berguna tersebut .
"cakap banyak buat sakit hati , sudah la mak" , cakap si abang tegas .

700

si abang menamatkan harinya dengan menuju kekatil ,
berfikir,
kenapa si adik langsung tidak berfikir ,
kenapa si bapa langsung tidak sedar ,
dan kenapa si ibu langsung tidak perasan ,

yg bahawasanya ,
apa yg berlaku adalah balasan atau dugaan .
dan setiap kata² ibu adalah doa .

*sigh* keluhan si abang yg tahu , kesal .


apa pun yg berlaku , selamat hari ibu kepada mereka yg layak .

Thursday, May 7, 2009

hari sabtu , dan orang tengah

0412 , 02052009

dengan nama Allah , yg memberi rezeki yg HALAL

aku sampai ke kota keriangan yg di panggil KL .
atas dasar kerja satu hari . heheh . ada duit , jalan .
terus aku call kawan² suruh datang jemput sekaligus melepak minum² dan bersarapan .
job pukul 12 , lambat lagi .
lepas lepak aku pun tdo la kejap d rumah kawan aku yg datang jemput tu , biasa la , naik bas mmg boleh tergeliat tulang blakang ngan tulang belikat aku . haha . public transport .

0900

aku pun gerak la ke lokasi kerja ,
taman maluri . naik public transport lagi . haha
gerak awal , xmau sampai lambat .
disiplin beb .

sampai je kat maluri , kawan aku jemput lagi . tapi naik kaki je la pulak .
hahaha .
kalau nak ikutkan , aku x payah datang pun event tu .
saja rasa nak ronda² KL .
heheh .

sebelum apa² , aku jelaskan dulu cerita yg korang tak tahu lagi .
job yg aku datang KL ni , adalah job sewaan PA system dan lain² .
total quotation adalah RM1500 , yg mana aku ialah Audio consultant (aku yg kira nak pakai setting macam mana etc etc )

1030

aku sampai kat lokasi , tgk site .
"besar pulak tempat ni , dengar² besar kedai je" cakap sorang² .
nampak sangat organizer kencing aku ni . diorang kata tempat kecik je .
takpe , jalan . sebab aku dah setting barang yg agak² power .
cukup kot .

1130

barang x sampai² lagi . aku pun call la supplier . rupanya , diorang x tahu yg event tu start pukul 12pm ! ( tuan punya barang² xde , so minions je yg handle , and yg tak bestnya , minions ni dapat info event start pukul 2pm . walaupun aku dah update event start pkl 12am )

so apa lagi . aku call la supplier , tanya situasi .
dengan selamba , supplier suruh tunggu barang sampai .
bengang je aku .

1230

barang x sampai lagi .
organizer dah bising . surprisingly , aku baru kenal organizer tersebut .
rupanya yg deal ngan aku adalah org tengah .
palat la jugak kan ?

lagi best , rupanya quotation aku dah di modified ,
jadik RM2000 ,
and lagi best , aku dapat tahu organizer sebenar dah deposit RM1000 , through the middleman .
aku dapat deposit RM700 je .
cilake . makap awal² .
pastu detail x lengkap .
dah la deposit lewat . sehari sebelum event , pkl 10 malam .
mmg time tu aku dah cancel dah pon . lambat sangat sape suruh .
tetiba dah deposit . tak pasal² aku kena on balik .

sambung cerita .

1515

setelah mengalami kesesatan , dan kerana bodoh sombong ,
nak tunjuk lagak xnak org jemput .
barang akhirnya sampai .

and pada masa tersebut , organizer dah deal ngan org tengah misteri ni ,
yg diorang hanya akan bayar RM500 sahaja lagi .
WTF . so total yg aku akan terima adalah RM700 + RM500 = RM1300
siap x cukup harga quotation .

so , tauke supplier barang yg tiada di situ , mula la kecoh kenapa nak bayar sikit la apa la .
tanpa diorang ingat kesalahan awal mereka yg datang lewat 4 jam .

aku tersepit diantara supplier yg demand bayaran penuh ,
dan organizer yg tak nak bayar penuh .
mmg haram la .
dan aku boleh tahu la kegembiraan org tengah yg seronok makan duit haram nya tu .

lastly ,
aku jadik malas .
aku pun negotiate ngan organizer , and diorang pun setuju bayar RM650 SAHAJA .
supplier setuju kalau diorang bayar RM750 .
so , penyelesaian nya , aku kuar duit sendiri utk selesaikan masalah tersebut .
xde hasil la gamaknya . dah bayar sana sini , penat datang KL .
apa pun x jadi .
end of story .

supplier tersebut , mmg aku x contact dah .
org tengah tersebut , aku doakan org lain maafkan ko jugak .
sekian terima kasih .

Friday, April 24, 2009

hikmah hari jumaat

0636 , 25042009

dengan nama Allah yg maha pemurah dan maha mengetahui .

"antara banyak² perkara yg dihalalkan , CERAI adalah antara yg dibenci Allah"

kita tinggalkan dulu fatwa di atas .
dan kembali ke pagi jumaat yg baru berlaku . kurang dari 12 jam .

1100
tiba² hp aku bising² suruh aku angkat . tapi x sempat .
misscall dari ex bos aku . x buang masa , aku call la dia .
sebab jarang² dia ni call aku . dalam tempoh aku resign , ni lah pertama kali dia call .
boleh tahan rare la jugak .
so perbualan nya seperti berikut .

aku : yes , apa cerita ?
dia : u free x duan ?
aku : kenapa ya ?
dia : aku nak kasi projek la .
aku : bila start nya ?
dia : esok .
aku : wtf . awal lagi x boleh ke ? ok la , brapa ?
dia : cit . RM1500 , advance RM500 . boleh ?
aku : gua serabut la bro , ok kot , lepas semayang nanti gua komfom balik , boleh ?
dia : ok bro . pkl 3 ar ?
( end of conversation )

aku pun berkira-kira la . ok la kot . tgh² free ni . so , tanpa membuang masa ,
aku call kakak aku , pinjam duit blanja skit . biasa la . payment sangkut memanjang .
heheh :)

so setelah berjaya mendapatkan modal ,
aku calling² sahabat² handai di kota , bertanya status mereka .
malangnya . rumah sewa not available , tuan²nya outstation .
motosikal juga sama . etc etc etc .
takpe lah , makan nasik dulu .

1330
aku start motosikal kesayangan yg bernama BATTLE HOPPER ,
untuk ke masjid . sebelum tu singgah jemput kawan dulu . mcm biasa la .
sampai je rumah kawan aku , hujan . alhamdulillah , rahmat .
komfom xleh pegi sembahyang . haha .

1420
hujan reda , kitorng pun pegi la minum di nasmir . sambil² menonton gelagat para² penghuni pekan sungai petani berjalan-jalan bergaya sakan nak ke pekan . ( nasmir tu sebelah mall je )
gerek² org sungai petani ye skang ni . haha

1530
aku dah sampai rumah . aku pun call la ex bos aku
perbualan seperti berikut ;

aku : so , gua nk tanya la pasal ...
dia : sorry la bro , gua dah komfirm ngan org lain . sebab gua xde kat sini , so takut u x sempat .
dia : nanti ada projek lain gua call u lagi ek ?
aku : wtf .
( end of conversation )

mencarut carut aku .
tdo lagi baik . pfft .

1800
aku dikejutkan dengan bunyi²an televisyen dan hingar bingar adik² aku melalak di ruang tamu .
tertido rupanya . ces . nasib x terlepas asar lagi . hehe .

2030
malam ,
berbalik semula dengan fatwa di atas ,
cerita CERAI .
aku dapat tahu yg Seri Bayu ( seorang composer aku kagum ) di timpa penyakit .
penyakit saraf , iaitu tak boleh bergerak , mcm lumpuh la senang cerita .
dan yg menyedih kan , isteri beliau , Erima , memfailkan tuntutan cerai di mahkamah syariah .
sedih aku time tu , dah la kena musibah , isteri nak blah cmtu je .
aku doakan dia cepat la sembuh dan bangkit semula .
lepas tu baru padan isteri dia .

and kepada Erima , mintak² la kamu sedar ye , syurga di bawah tapak kaki suami ,
dan seorang lelaki yg gagah , ada seorang wanita yg tabah menyokongnya .
insyaallah .

2100
aku tgk drama melayu yg scriptnya seorang kawan baik aku tulis .
iaitu Embun Mutiara ,
ok la cerita dia , but ,
malangnya kerja² shooting yg tergesa gesa dan editing yg teruk membuatkan cerita tu FAIL .
selepas itu , sebuah lagi drama inggeris malaysia . yg aku pun tak brapa faham .
ada gaya yasmin ahmad , dan banyak significant² yg x bermakna .

sekian ulasan tentang drama

2200
kemudiannya , bermulalah filem america ,
"KINGDOM OF HEAVEN"
yg menceritakan tentang Jerusalem , sebelum berlakunya perang salib .
a very good story .
walaupun ada sedikit history twist ,
tapi tetap di atas garisan sejarah sebenar .
syabas . seronok aku tgk cerita² sedemikan .
cerita ttg Salahuddin , walaupun dia bukan watak utama .
dan aku teringat kata² raja jerusalem ,
"its not your religion that make you a good person , but your action , and nothing own a man , but the man himself"
berfikir sejenak . merenung masa depan .
history never been this fun . haha

tamat cerita buat hari ni ,
hari jumaat yg penuh teka teki dan hikmah² tersembunyi
wallahualam .

Wednesday, April 22, 2009

cina mabik

0230 , 23042009

pagi tadi , mcm biasa lah , anak² muda yg kebosanan ,
melepak lepak berbual bersama kawan² kat satu warung ni .
warung pak ku namanya . kawan keje bapak aku dulu .

nak dijadikan cerita , tetiba ada sebijik waja stop depan warung tu
berenti tengah jalan .
"beli tapau kot?" monolog dalaman .

rupanya bukan . cina tu beli makan kat situ saja ,
sampai kat table , dia pun nak duduk , x sampai 0.03 saat , terjelopok ke blakang .
abih nasik2 dia amik tadi bertabur tabur . kesian . mesti malu ( senyum sinis )

cina tu dengan kemerahan muka ,
pegi beli lagi skali , amik nasik skali lagi .
nasib air x sampai lagi , kalau x skali ngan air jatuh . rugi² .
lepas cina tu ambik nasik baru . dia duduk sebelah table kitorng .
bau² ganjil yg haram ntah apa² yg kitorang buat² x identified ,
menyelubungi tempat kejadian tersebut .

dalam tengah perjalanan cina tu makan .
tetiba jatuh balik . terjelopok .
kawan aku dengan baik hatinya pegi tulung angkat .
baik ye dia . dah kawen dah , takpayah nak masuk line .
ada anak dah pon . haha .

lepas tu , cina tu jerit "KIRA !"
walaupun dia da bayar .
pak ku pun rilex ja , pegi dekat cina tu , cakap
"u dah bayar la , lupa ka ?"
"mana ada lupa , lancau , butoh punya olang @#%&#%%$"
jawab cina tu .

kami geleng ja kepala
mabik . what to do . dah la mabik , menyusahkan org .
pastu dia masuk kereta , nyaris2 slam keta kawan aku *thumbs up*

what to do kan ?
sedang dalam quran pun kata , arak tu raja segala kejahatan .

air soya dalam lagenda

1403 , 23042009

kempunan aku , 3 hari dah kedai jual air soya ni tak bukak .
tadi pegi usha sampai 2 kali
pukul 12 ngan pkl 130pm
haiya encik , jangan la dera saya ini macam .
mentang2 la sedap .
ikut suka hati je nak bukak tanak bukak kedai

xpe . nanti skali ko bukak kedai
aku beli stok seminggu terus . padan muka .

Tuesday, April 21, 2009

flow

humming through my ears
into the deep of my reflection
bring memories of the old days
when living without crate .

talking alone in silent
nobody to comprehend the haunt
every worry out misshapen
still nobody notice the sound
psychedelic age of present
born free out of the new world
even the same , addicted
for me it just a leftovers .

ordinaries
but none the less
irritating to survive for nothing
wonder what will they archive ?

war from the ancient time
continue by luck , fate
maybe destiny
black raven on a rotten corpses .

for i'm replaced
world has nothing more
so i walk for a journey
into the unknown land
leaving friends and foes
to search light of freedom
words written in a lost scripts
remain unchanged , as time flowed .

humming through my ears
into the deep of my wisdom
still reflect those old stories
when i did lived in crate .

thousand steps start with a single one

and so another blog has been created .
and also another blogger has been created .

what do u seek , mortals ?

what do u seek , mortals ?
just email me r32_type@yahoo.com